Menawarkan Perkhidmatan Tempahan Katering, Kanopi dan Sewa Pinggan Mangkuk dengan harga yang berpatutan

Profil

Syarikat Intanku Katering merupakan syarikat penyedia makanan halal yang membekalkan makanan halal untuk majlis-majlis keraian seperti pertunangan, perkahwinan, majlis tahlil dan doa selamat, jamuan hari raya dan sebagainya. Syarikat yang bernaung dibawah Intanku Faziela Enterprise adalah merupakan syarikat pemilikan tunggal yang dimiliki sepenuhnya oleh Intan Ku Fazielah Binti Zainuddin yang didaftarkan pada 28 Oktober 2013 beralamat di lot 58, Batu 34 3/4, Kampung Batu Laut, 42800 Tanjung Sepat, Selangor.

Pengusaha memilih untuk menceburi bidang katering kerana ia telah diusahakan secara persendirian semenjak tahun 2012 . Sepanjang tempoh itu, pengusaha telah memberikan perkhidmatan katering kepada jabatan-jabatan kerajaan, orang perseorangan serta majlis-majlis rasmi

Tiada ulasan: